top of page

Keunikan Seni Boneka

Writer's picture: PDPPPBKK1R1022 Ong Cheng QiPDPPPBKK1R1022 Ong Cheng Qi

keunikan seni boneka




Seni dalam konsep kehidupan amat luas dan meliputi segala bentuk sama ada dalam bentuk tersirat mahupun tersurat.Namun tidak ramai orang memperkatakan tentang seni boneka dan jika dilihat seni boneka ini jarang diketengahkan ke persada seni. Menyingkap sejarah ringkas seni boneka ini sejak awal zaman manusia apabila mengadakan pertunjukan sama ada untuk memuja tuhannya atau untuk menghiburkan diri atau ahli-ahli masyarakat atau suku kaum masing-masing. Kadangkala mereka berlakon dan kadang-kala mereka memainkan boneka dengan menggerakkan objek-objek seperti kayu dan tanah liat untuk menghidupkan jalan cerita tersebut. objek-objek ini diukir untuk mewakili watak-watak cerita dan dalam peredaran masa ini tangan dan kaki yang digerakkan akhirnya dijadikan ciri penting boneka kerana seolah-olah "hidup". Kesan tinggalan boneka ini dapat ditemui di dalam makam-makam tamadun silam di negara-negara seperti China, India, Mesir dan Greece. Kebanyakkan boneka Yunani kuno banyak persamaannya dengan boneka-boneka yang masih digunakan di Sicily dan di Belgium. Boneka ini mudah dibawa dan semasa pengembaraan orang Yunani kono berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain menyebabkan boneka ini terkenal di negara-negara lain seperti Itali. Bagi orang Rumawi diketahui menggunakan kedua-dua anak-anakan dan boneka sarung tangan. Namun apabila Empayar Rom runtuj dan tempat-tempat hiburan mereka ditutup, juruboneka kehilangan pekerjaan lalu menyertai kumpulan akrobat, penjugel dan penyanyi. Bagi Gereja Kristian menggunakan boneka sebagai kaedah untuk menyampaikan cerita-cerita di dalam kitab Injil kepada orang yang tidak tahu membaca. Di Itali pada abad ke-15 boneka digunakan dalam Commedia dell'Arte oleh sekumpulan cerita tentang sepasukan badut bertopeng termasuk dikenali sebagai Harlequin.Semasa Ratu Elizabeth memerintah England, Parlimen meluluskan satu akta yang menggolongkan pelakon dan juruboneka jalanan sebagai penjenayah kecuali mereka yang mempunyai lesen daripada kerajaan melalui penaung yang kaya. Pada 1642, Oliver Cromwell mengharamkan teater pentas tetapi tidak teater boneka sehingga berjaya menarik penonton dan dalam beberapa tahun cuma boneka yang terus menghidupkan seni teater Inggeris. Sehingga lah pada abad kelapan belas seni boneka menjadi sanjungan golongan bangsawan dan setelah banyak teater menyerap masuk di daerah Weat End London dan Bath menjadikan menjelang akhir abad itu, permainan boneka menjadi kesenian milik rakyat jelata dan dimainkan di pesta-pesta dan di lorong-lorong. Apabila peperangan dunia pertama tercetus, boneka-boneka lenyap dan dilupakan namun sekarang minat teater boneka di England telah bangkit dan muncul beberapa kumpulan teater yang menggunakan boneka-boneka tali, rod kayu, sarung tangan dan wayang untuk pertunjukan (Lyndie Wright.1994. seni boneka) Seni boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak atau dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuh atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Keadaan ini penting bagi pemain untuk cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Jika dilihat seni boneka ini digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan dan pendengar dapat menghayati serta melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. oleh itu seni boneka ini dapat dijadikan satu perantaraan antara pendengar dengan pemain dan kesannya dapat menimbulkan pendedahan komunikasi secara berkesan. Di samping itu, dapat melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita serta dapat merangsang daya imaginasi yang dapat membantu masyarakat terutama dalam kalangan kanak-kanak.Oleh itu, seni boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan murid pengalaman belajar dan memupuk kerjasama antara satu sama lain apabila preses sumbang saran dilakukan (http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah).

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page